Tuesday 31 July 2012

Mengandung Anak Bangla

Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.

Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.


Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dala operasi cegah maksiat Rabu lalu.

Polis Tahan Suami Eksekutif TV9 Yang Dijumpai Mati Tergantung

SHAH ALAM 30 Julai - Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.

Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.


Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza

Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.

Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.

"Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.

Adakah Lagi Cinta Selepas Perkahwinan?

Saya telah ditanya oleh anak anak "adakah cinta selepas perkahwinan" Jawapannya sangat mudah...." Tidak ada" Kenapa jadi begitu.....Jawapannya " sedangkan dengan tuhan pencipta manusia, mereka mempunyai keraguan untuk mencintainya, inikan pula sesama makhluk.............

Cinta sebelum perkhawinan lebih kepada arah nafsu semata mata mata, justeru itu mata telah tertipu dengan segala yang indah indah, telinga tertipu dengan ucapan yang manis manis, selera berahi juga setiap hari semakin memuncak. Apa yang ada hanyalah palsu semata mata dan penuh angan angan. Terlalu sedikit yang berlaku benar, bahkan tertipu dalam kebenaran...........................

Sebaik sahaja berlansungnya akad nikah, maka segala galanya tertanggung terhadap suami di mana isteri pula dituntut taat kepada suami. Dunia kebenaran sudah mula beraksi ketika itu. Lihatlah poket suami , masih mempunyai uang atau tidak, lihatlah isteri masih mempunyai kerajinan atau tidak. Adakah mereka keduanya mendengar suara azan subuh atau lena menarik selimut

Lalu yang tinggal adalah kasih sayang. Bagaimana kasih sayang itu dapat dilihat ? Lihatlah suami ketika ia marah, lihatlah suami ketika anda mahu melahirkan anak, lihatlah suami ketika kamu sedang berpantang, lihatlah suami ketika kamu sakit dan demam. Lihatlah isteri ketika ia menyediakan makanan, lihatlah isteri ketika ia membasuh kain baju, lihatlah isteri ketika ditinggalkan berjauhan.......... Kita akan melihat kerinduan dan kasih sayang.....................atau kalian melihat neraka di dunia nyata.....

Hubungan Intim Yang Sihat

Selain mengeluarkan hasrat terpendam, hubungan intim suami isteri juga baik bagi tubuh dan jiwa. Salah satunya, meningkatkan hormon kortisol dan adrenalin serta merangsang aktiviti jasmani.

Genius Beauty menyenarai tujuh kebaikan mengapa berhubungan intim menyihatkan.

1. Bermanfaat untuk kesihatan wanita

Para doktor meyakinkan bahawa hubungan secara intim suami isteri diperlukan bukan saja untuk mendapatkan kepuasan malah sangat baik untuk kesihatan. Seks meningkatkan "hormon kebahagiaan" sehingga menunda menopause dan menghilangkan kedutan pada wajah. Ia juga mencegah wanita dari terkena diabetes.

2. Menguatkan sistem kekebalan tubuh

Telah terbukti bahawa sistem kekebalan tubuh secara langsung berhubung kait dengan keadaan emosi kita. Hubungan intim suami isteri meningkatkan jumlah hormon serotonin yang memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu, bercinta juga melahirkan hormon oksitosin yang melindungi terhadap kanser payudara.

3. Hubungan secara teratur mencegah serangan jantung

Mereka yang aktif melakukan hubungan intim secara langsung dapat meningkatkan peredaran darah, melatih otot jantung, dan meningkatkan nada tubuh secara keseluruhan.


4. Kesihatan wanita tergantung pada seks

Seks juga merupakan ubat yang sangat baik untuk stagnasi [tekanan] darah pada bahagian panggul [pinggul,pangkal paha], penis pasangan bertindak seperti urutan yang menyebabkan dinding vagina dan rahim untuk berkontraksi.


5. Sebagai ubat penghilang rasa sakit

Berhubungan intim, anda akan melupakan tentang ubat penghilang rasa sakit. Seks malam adalah ubat tidur terbaik. Sebaliknya, seks pagi hari memungkinkan anda untuk merasakan ledakan energi sepanjang hari. Akhirnya, seks memiliki efek detoks. Semsa hubungan seksual, darah mulai mengalir lebih cepat dan menghilangkan racun.


6. Menurunkan berat badan

Pakar pemakanan telah memperkirakan kalori banyak dikeluarkan saat berhubungan seks. Dengan demikian, perempuan kehilangan 112 kilokalori selama orgasme.


7. Bermanfaat untuk kesihatan bagi lelaki

Tidak diragukan lagi, kehidupan seks sihat [suami isteri] yang aktif adalah pencegahan terbaik prostatitis dan tumor prostat. Penyakit prostat sering menghantui bagi kaum lelaki berusia 40 tahun dan ke atas.

Model Seksi Di Olimpik London

Leryn Franco bukan sahaja salah seorang harapan besar Paraguay di Sukan Olimpik, tetapi juga model bikini yang menakjubkan.

Malah beliau pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Miss Universe Paraguay pada tahun 2006. Pada tahun 2011 beliau telah memperagakan pakaian mandi dalam Sports Illustrated Swimsuit Edition.

Franco akan bersaing dalam Sukan Olimpik London sebagai pelontar lembing. Ahli sukan berusia 30 tahun yang juga model jenama Nike, berada di tangga 64 daripada 99 orang dalam ranking AskMen.com.

Beliau berkata bahawa "seseorang itu boleh menghidupkan TV atau lihat di majalah dan berjumpa dengan saya."

Beliau juga berkata bahawa dia tidak akan kecewa jika dia meninggalkan London tanpa pingat.

"layak ke Sukan Olimpik London, sudah dikira pingat," Daily Mail memetik beliau sebagai berkata.

Franco turut tersenarai dalam 'Sexiest Women Of The Olympic' oleh Maxim.