Tuesday, 28 August 2012

17 Dipancung Kepala Ketika Asyik Berpesta

ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam.

KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.



Monday, 27 August 2012

Zul Ajar Cara Buat Bom..

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Pengganas warga Malaysia, Zulkifli Abdul Hir yang disangka terbunuh dalam serangan udara pihak berkuasa Filipina pada Februari lalu dikesan masih hidup dan kini dipercayai melatih anggota kumpulan Abu Sayyaf (ASG) membuat bom.

Zulkifli, 45, atau nama samarannya Marwan kini bersembunyi di sebuah pulau di Kepulauan Jolo, selatan Filipina dan dikatakan menghabiskan masa sebagai tenaga pengajar sepenuh masa membuat bom kepada puak pemberontak itu.

Bagaimanapun, satu sumber keselamatan berkata, pemimpin kanan Jemaah Islamiah (JI) yang menjadi buruan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) itu akan berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain di sekitar kepulauan tersebut bagi mengelak dirinya dikesan.

“Kita percaya selepas terselamat daripada serangan udara di sebuah kampung yang terpencil di Kepulauan Jolo, Zulkifli kini menghabiskan masa dengan melatih ahli-ahli baharu ASG membuat bom,” kata sumber itu kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sumber itu berkata, dalam serangan udara tersebut, Zulkifli hanya cedera di bahu. - Kosmo

Sunday, 26 August 2012

Apek terlibat kemalangan

KERETA Audi yang dipandu Apek rosak akibat kemalangan di Kampung Badak, Bachok malam kelmarin.

KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

Saturday, 25 August 2012

Tawar Khidmat Seks

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang penganggur dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman itu terhadap Thung Siew Wah, 47, dari Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan bermula dari tarikh tangkap selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Lelaki terbabit didakwa melakukan perbuatan itu kepada Koperal Abd. Rashid Jamaludin dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan RHB Bank Bhd., Jalan Bukit Bintang di sini, pada pukul 10 malam, 22 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tuesday, 21 August 2012

Tak sempat raya

PEKAN: Dua beranak yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa, Khairul Azhar Hashim, 36, dari Ulu Batu 4, Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Amiruddin, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pekan (HP) Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, ketika kejadian, dua beranak terbabit yang menaiki Perodua Viva dikatakan dalam perjalanan menghala Rompin dari Pekan untuk pulang ke kampung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

Katanya, akibat pertembungan itu, mangsa bersama anaknya dikatakan tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan orang ramai dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan.

“Bagaimanapun, Khairul Azhar maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala manakala anak mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HP berikutan kecederaan sama.

“Pada masa sama, pemandu Proton Perdana itu hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Trafik,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, jenazah dua beranak berkenaan sudah dituntut ahli keluarganya selepas dibedah siasat di HP, kelmarin.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sunday, 19 August 2012

Berlagak Macam Le Negara Sendiri..


KUALA LUMPUR: Ketika warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri di kampung, berlainan pula dengan warga asing yang dilihat semakin ramai membanjiri bandar raya.

Bagaimanapun, kebanjiran warga asing terbabit turut menimbulkan masalah kerana ramai di kalangan mereka degil dan pengotor.

Sebagai contoh, ada warga asing, terutama dari Myanmar, menjual sirih di sepanjang kaki lima bangunan di Lebuh Pudu dan Pasar Seni, menyebabkan kawasan berkenaan dicemari air ludahan sirih yang menjijikkan.

Bukan saja kotor, keadaan sesak yang ‘menghimpunkan’ warga Myanmar terbabit merimaskan, selain mengancam keselamatan rakyat tempatan.


Tinjauan Metro Ahad mendapati, kebanyakan warga asing terbabit melepak secara berkumpulan dengan menghabiskan masa di tempat terbuka, menyebabkan wartawan terasa seperti berada di negara asing kerana hampir setiap sudut pusat beli-belah dipenuhi warga Myanmar, malah kebanyakan bas yang menurunkan penumpang turut dipenuhi ‘orang’ mereka.

Warga tempatan, Kamarul Mohd Hussin, 38 berkata, senario itu adalah biasa, apatah lagi menjelang cuti umum atau hari minggu.

“Tidak kira sama ada raya atau tidak, di sinilah tempat mereka. Tanpa rasa malu, mereka tidur dan berlagak seperti berada di negara sendiri, malah kita rakyat tempatan pula takut dengan mereka.

“Keadaan di sini benar-benar mengecewakan. Bukan itu saja, ada kala mereka bergaduh dan membuat kacau hingga menimbulkan rasa tidak senang hati.

“Lihatlah, mana ada rakyat tempatan di sini. Semuanya rakyat Myanmar, malah saya pelik bagaimana mereka mendapat lesen perniagaan,” katanya.

Tuesday, 14 August 2012

Tiada polis cedera ketika perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Tiada polis cedera dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) pada 28 April di tengah ibu kota, berbeza dengan laporan kecederaan teruk pegawai polis yang didakwa menjadi punca polis menyerang balas, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberitahu.

Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.

“Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya,” katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar).

“Jika ada yang tercedera, adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk para pegawai memberitahu saya, tetapi saya tidak mendapat sebarang maklumat,” katanya lagi.

Norazmee adalah orang kedua yang dipanggil hari ini, selepas seorang pegawai polis, ASP Ahamad Jais Ujang.

Norazmee berkata beliau telah dimaklumkan pada awal hari 28 April oleh Ahamad yang merupakan ketuanya, dan memberitahu supaya membentuk perisai manusia di sekeliling Dataran Merdeka.

Ahamad, yang ditugaskan untuk menjaga para penunjuk perasaan supaya tidak memasuki Dataran Merdeka, berkata bahawa dua anggotanya telah cedera dalam satu pertembungan dengan para penunjuk perasaan.

“OCPD ada memberi taklimat kepada saya bahawa pegawai PEMANDU dan seorang polis trafik cedera semasa polis melakukan tangkapan pada hari tersebut,” kata Ahamad.

Dia juga tidak mendedahkan identiti tentang pegawai PEMANDU itu, tetapi dia dikatakan wakil dari jabatan perdana menteri unit pencapaian dan perkhidmatan.

Ahamad, yang merupakan ketua unit agama dan kaunseling polis, berkata dia cuma diberitahu insiden itu selepas ketuanya memberitahunya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

Ahamad juga memberitahu inkuiri bahawa dia memberi arahan agar anggotanya tidak melakukan keganasan atau bertindak mengikut emosi ke atas penunjuk perasaan, walaupun diprovokasi.

“Arahan saya jelas. Saya memberitahu 1,000 pegawai saya supaya jangan bertindak ganas.

“Saya juga memberitahu mereka supaya jika boleh, tidak perlu lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Walaupun memberi arahan, Ahamad berkata beberapa anggotanya menangkap penunjuk perasaan selepas mereka merempuh halangan yang dikelilingi dengan kawad besi di Dataran Merdeka. Dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 petang.

“Saya nampak pegawai saya menahan orang yang berbaju kuning. Saya bertanya kepadanya siapa yang memberi arahan namun pegawai saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.

“Tangkapan itu berlaku kerana pegawai saya merasakan keadaan tidak dapat dikawal dan mereka harus lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Dia berkata, kemudian dia ke Pulapol untuk bertemu dengan orang-orang yang ditahan untuk tindakan seterusnya.

Ahamad berkata dia melihat banyak tahanan yang cedera.

“Pegawai saya tidak seharusnya melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Saya telah arahkan anggota saya untuk mengawal mereka,” katanya lagi.

Ahamad tidak menghantar laporan atau video semasa operasinya pada hari itu kerana dia tidak pasti apakah itu diperlukan.

“Saya lihat pegawai-pegawai yang dibawah saya sangat baik. Saya tak rasa ada apa-apa salah pada hari itu, kecuali insiden di mana pegawai saya mencederakan beberapa orang tahanan.

“Tugas saya bukan menangkap orang, sebab itu saya tidak menghantar laporan kepada OCPD,” katanya lagi.

Inkuiri berterusan pada 15 Ogos ini.

Cabaran Bodoh Dari Noh Omar

PUTRAJAYA, 13 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.

“Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang

Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan

Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.

Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang.

“Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya.

“Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan,” katanya.

Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut.

Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengutarakan cadangan terlebih dahulu sebelum melantik konsultan untuk membuat kajian mengenainya. — Bernama


Monday, 13 August 2012

Beruk Yang Pandai Buat Lawak


Kata Khairy pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang meninggalkan UMNO/BN kebelakangan ini adalah terdiri dari mereka-mereka yang sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Antara yang sudah mengumumkan meninggalkan UMNO/BN ialah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukim, Senator Datuk Maijol Mahap kesemuanya dari Sabah dan semalam Tamrin juga mengistiharkan dirinya keluar UMNO/BN.

Mereka -mereka itu hanya dianggap sebagai tidak diperlukan lagi dalam UMNO/BN setelah mereka mengumumkan keluar dari BN.

Jika benar mereka tidak lagi diperlukan dalam BN kenapa agaknya mereka masih dikekalkan bersama BN sehingga mereka mengumumkan keluar BN?

Jika tidak diperlukan lagi oleh BN.. sepatutnya mereka disingkirkan dari BN sebelum mereka umum keluar BN..

Sebenarnya ini adalah kenyataan 'sour grapes' dari Ketua Pemuda UMNO..

'Sour Grapes' means Denial of the desirability of something after one has found out that it cannot be reached or acquired.

Lagi satu bila pemimpin-pemimpin BN dah mula lompat keluar dari BN barulah terhegeh-hegeh Khairy minta akta lompat parti digubal.

Sedangkan suatu masa dulu bila 'Akta Lompat Parti' ini disuarakan oleh beberapa pemimpin PR ketika pemimpin-pemimpin PR lompat menyertai BN, ianya dipandang remeh oleh pihak UMNO/BN.

Ianya dianggap tidak penting dan hanya agenda politik pembangkang..


Khairy mahu akta antilompat parti digubal

KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai Pas malam semalam, Khairy berkata, ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".

"Saya fikir media yang propembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak.

“Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".

Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.

"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.

"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.

Beliau berkata, seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.

Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.

"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya. - Bernama

Bila dah kena batang hidung sendiri baru gelabah... tapi tidak mustahil pemimpin-pemimpin UMNO akan turut menyokong akta ini digubal kerana akan ada lagi dari Sabah akan keluar BN.. bukan Sabah saja malah Sarawak pun sama...

Kalau digubal sekarang... maka mampuslah katak-katak yang dah lompat keluar dari PR dulu tu...

Kaki Fitnah Yang Kantoi

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".

Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.

Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.

Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.

Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.

Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.

Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.

“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.

Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.

Sunday, 12 August 2012

“Politik itu bukan agama”- Diana Amir




Selepas pelakon popular Sheila Rusly dan Umie Aida membidas kenyataan yang dibuat pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti pembangkang PAS selepas dia bertudung, pelakon Diana Amir turut mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, politik itu bukanlah agama.

“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

“Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,”katanya.

Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu jauh berbicara, malah mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila sesuatu isu timbul.
“Cuma bagi saya, tentang politik ini atau yang berkaitan dengan polisi sepertinya, lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri tak pasti,” ujar Diana.

Diminta untuk mengulas isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki semakin berkurang dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana-mana parti politik periuk nasi artis ini akan terjejas, mereka yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

Jelasnya, artis yang baru berhijrah perlu kuatkan semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi kelak.

“Kita perlu sentiasa ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapat ganjaran di akhirat bukan didunia ni. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” katanya.

Wednesday, 8 August 2012

Isu asrama: Unisel mohon perintah mahkamah

SHAH ALAM - Pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) mengambil tindakan drastik dengan berusaha mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan kira-kira 1,000 penuntut Unisel Kampus Bestari Jaya memasuki asrama untuk sesi pengajian yang bermula semalam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, tindakan mendapatkan perintah mahkamah tersebut sedang dilakukan Unisel sebagai usaha membantu pelajar agar dapat memasuki asrama tersebut dalam masa terdekat.

Malah, beliau turut mempertikaikan tindakan syarikat pengurusan hostel, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menutup pejabat asrama tersebut sebagai tindakan tidak wajar dan melanggar perjanjian.

“Jika JNSB tidak berpuas hati dengan Unisel, mengapa pihak JNSB tidak memfailkan saman kepada universiti?.

“Mengapa menjadikan penuntut Unisel ini mangsa keadaan dalam isu ini. Nampaknya tindakan JNSB ini melanggar perjanjian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Ahli Lembaga Pengarah Unisel membuat keputusan menghentikan sementara pembayaran kerja penyelenggaraan asrama bagi membolehkan pengauditan dilakukan berhubung laporan yang diterima membabitkan prestasi kerja syarikat tersebut.

“Kita (Unisel) pernah cuba berunding, tetapi terma kontrak dilihat berat sebelah.

“Oleh itu Lembaga Pengarah Unisel membuat keputusan menghentikan sementara pembayaran setelah pihak pengauditan yang dilantik mendapati ada kekurangan dari pengurusan Unisel,” katanya.

Dr Halimah menyangkal dakwaan JNSB di mana tiada perbincangan bersama dilakukan dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Kita pernah membuat perbincangan bersama, namun tidak menemui jalan penyelesaian sehinggalah sekarang di mana kita sekarang dalam proses peguam dalam menentukan orang tengah.

“Orang tengah dalam menyelesaikan masalah antara Unisel dan JNSB ialah Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita di peringkat peguam,” katanya.

PANAS - Dato Lee Chong Wei Bertanding PRU 13

UMNO terpaksa berhempas pulas demi nak menarik undi golongan muda terutama sekali dari kaum Cina yang sama sekali akan beralih angin daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

Najib semakin buntu, untuk mencari winnable candidate,, menyebabkan jaguh badmintaon menjadi perataruhannya ...!

Apakah ini satu daripada kehendak Rosmah,,, ? Dan apa yang aku dengar Dato Lee bakal dijadikan Ketua Menteri Pulau Pinang, sia-sialah Kerajaan Pulau Pinang menganugerahkan wang perhargaan ke atas beliau sebanyak RM100,000.00.


UMNO boleh letak sesiapa sahaja,, mungkin dikerusi yang Chong Wei bertanding sahaja yang boleh menang,, kerusi-kerusi lain apa cerita?,,,

manjung mari

Tuesday, 7 August 2012

Felda's Second Generation Will Receive Windfall After Aidilfitri

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Felda's second generation settlers are expected to receive their 'windfall' after the Aidilfitri celebration, according to Felda Group chairman Tan Sri Isa Samad.

However, he said, the actual date would be decided by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

"We have no problem (giving the windfall). The prime minister will decide when, and we will pay because the money is already there.

"At the moment, we (Felda) are arranging the giving of the second phase of windfall to settlers' wives. More that 50 per cent of the distribution which started in the first week of Ramadan has been completed for those who qualify."

Isa said this at a press conference before a function to fete orphans and recipients of Ramadan contributions organised by Felda Foundation and Felda Group of Companies at Dewan Perdana Felda, here.

Husband slashed to death, wife hurt in Cheras attack

KUALA LUMPUR, Aug 6 — A man armed with two machetes hacked a Vietnamese immigrant worker to death and seriously injured his wife in a frenzied attack at the couple’s rented two-storey house in Bandar Mahkota Cheras here yesterday.

The assailant, believed to be a compatriot and housemate, had earlier rushed into the house in Jalan Dayang 52/8 and attacked the woman in the living room, slashing her four times on the head.

He then rushed into the master-bedroom where he confronted her husband before striking him on the head repeatedly.

He also stabbed the man on the neck, chest and shoulder before fleeing from the house in the incident about 6.30pm.

A police team found a blood-stained machete in a toilet at the house and another in its sheath, in the master-bedroom.

Kajang police chief ACP Abdul Rashid Abdul Wahab said the body of the Vietnamese man, who has not been identified, was sent to the Kajang Hospital He said the victim’s wife was warded at the hospital in a serious condition.

“We believe the motive of the attack is revenge and are in the midst of tracking down the assailant,” he added.

Abdul Rashid said, as the police found several passports at the house, the identities of the couple could not be determined as yet.

He said initial investigations revealed that a local man had rented the house to the Vietnamese couple and the deceased’s two brothers, about a month ago. — Bernama

Kreatif Tak Bertempat..

Mat Saleh nie semua benda nak dicubanya, ambe rasa akibat terlampau maju sampai dah jadi bodoh..haha. Perempuan 21 tahun ini berbogel lalu masuk ke dalam perut kuda.

Jangan keliru. Pastinya kuda itu telah mati dan menjadi bangkai setelah ditembak di kepala setelah didapati kesihatan kuda itu semakin buruk.

Setelah itu Jasha Lottin mempunyai idea yang gila. Beliau bertekad berposing dengan cara yang tidak pernah dilakukan orang lain. Beliau berbogel lalu masuk ke dalam kuda yang telah dikosongkan perutnya lalu diambil gambar oleh boyfriendnya yang tak bogel.

Mengikutnya ia berbuat demikian kerana ingin merasai apabila berada di dalam kuda.





Monday, 6 August 2012

PROMOSI HARI RAYA AIDIL FITRI...3 RAGA TIGER BEER HANYA RM99...


Sebelum ini rakyat digemparkan sebuah pasaraya membuat jualan murah minuman keras jenama Carlsberg sempena Ramadhan.

Kini sebuah pusat Karaoke Ruby Music Box di Seremban, tidak mau ketinggalan, juga membuat promosi khas sempena Hari Raya Aidil Fitri dengan menawarkan harga istimewa beer jenama Tiger dengan harga RM99 untuk 3 raga.

SATUUUUUU... YAMSENG.... SATUUUUUU.. YAMSENG.... SATUUUUUU... YAMSENG!!!

Omak Kau

Terjun Tinggalkan Kekasih Kerana Nampak Hantu

Gambar Hiasan
MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.

Sunday, 5 August 2012

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.


“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”



“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.


Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”


Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!


dikemaskini 23:10 01/08/2012 – Dalam gambar ini sebenarnya menunjukan sebuah hospital di Wuhan, China yang menyambut kelahiran 6 pasang anak kembar dalam 6 hari. Kalian boleh jumpa gambar original di link bawah dalam bahasa English dan Cina.


ENG: http://www.sharegoodstuffs.com/2011/04/chinese-hospital-has-enjoyed-six-sets.html
CINA: http://hb.qq.com/a/20110423/000261.htm


Berita asal dari sebuah website berita satirikal dan jenaka iaitu The Onion News. Sekarang ia isu yang hangat di Facebook, Twitter, dan blogger.


Link asal: http://www.theonion.com/articles/chinese-woman-gives-birth-to-septuplets-has-one-we,1999/

Saturday, 4 August 2012

Badminton Olimpik - Wajar ke Rosmah terbang le London ?




Kredit gambar : ASD

Aku memetik berbagai sumber berita mengenai DS Rosmah akan ke London untuk memberi sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei diperlawanan akhir badminton Olimpik 2012.




Soalan aku....WAJAR ke?

Apa bezanya Rosmah ada atau tidak ada digelanggang semasa LCW bertarung dengan Lin Dan nanti?Adakah Rosmah akan terjerit jerit,terlompat lompat macam penyokong fanatik LCW/Malaysia yang lain atau dia hanya akan duduk kat VVIP stand sambil control macho dan hanya akan ambil peranan dakap dakap jika dan bila Chong Wei menang emas Olimpik nanti (macam gambar atas).


Kalau sekadar nak penuhkan aktiviti PROMO anjuran Si Jongang Farid Ridhuan tu baik tak usahlah.Ada lebih baik tenguk live di tv macam jugak rakyat Malaysia  yang lain.Kos perbelanjaan Datin Seri dan 'entourage' yang tak pasti berapa ramai itu eluk digunakan dan disalurkan untuk anak anak yatim dan fakir miskin di bulan ramadhan pernuh berkat ini...lagi afdal.

Tapi kalau dah bingal jugak nak pergi...aku ada sikit nak pesan !

Jangan ada adegan PELUK PELUK dan GESEL GESEL PAYUDARA dengan Datuk Lee Chong Wei bila/jika dia menang emas Olimpik nanti.Kena ingat ini bulan Ramadhan dan Datin Seri tu bini pemimpin negara beragama Islam.


SELAMAT HARI RAYA DATIN SERI....



http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/08/wajar-ke-rosmah-terbang-le-london.html