Tuesday 31 July 2012

Model Seksi Di Olimpik London

Leryn Franco bukan sahaja salah seorang harapan besar Paraguay di Sukan Olimpik, tetapi juga model bikini yang menakjubkan.

Malah beliau pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Miss Universe Paraguay pada tahun 2006. Pada tahun 2011 beliau telah memperagakan pakaian mandi dalam Sports Illustrated Swimsuit Edition.

Franco akan bersaing dalam Sukan Olimpik London sebagai pelontar lembing. Ahli sukan berusia 30 tahun yang juga model jenama Nike, berada di tangga 64 daripada 99 orang dalam ranking AskMen.com.

Beliau berkata bahawa "seseorang itu boleh menghidupkan TV atau lihat di majalah dan berjumpa dengan saya."

Beliau juga berkata bahawa dia tidak akan kecewa jika dia meninggalkan London tanpa pingat.

"layak ke Sukan Olimpik London, sudah dikira pingat," Daily Mail memetik beliau sebagai berkata.

Franco turut tersenarai dalam 'Sexiest Women Of The Olympic' oleh Maxim.


No comments:

Post a Comment