Friday 3 August 2012

Antara BAFIA Dan MAFIA


Kumpulan MAFIA Bekerjasama melakukan aktiviti jenayah. Menguasai jenayah terancang.Kumpulan jenayah yang berkongsi organisasi. Mempunyai rangkaian jenayah dengan struktur yang serupa, kaedah, dan kepentingan. Berasal dari Itali dan berkembang ke Amerika, Kanada dan Rusia.

Aktif dalam banyak bahagian Amerika, terutama di Northeastern Amerika Syarikat, Chicago, Detroit, Texas dan Florida. Kebanyakan melakukan aktiviti, penipuan, pemalsuan, pengedaran dadah, peras ugut, perjudian haram, pembunuhan, pelacuran. Penjenayah etnik yang bekerja sebagai "syarikat bersekutu" atau "sekeluarga"

Di Malaysia minggu ini iaitu sepuluh hari kedua puasa, heboh berkaitan BAFIA. Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA )yang bertujuan mengawal, melindungi akaun makhluk yang menyimpan di bank-bank yang ada di Negara ini.

Dari sudut Negatif, kedua-dua perkataan ini(MAFIA dan BAFIA) berfungsi yang sama arah.MAFIA mempunyai syarikat bersekutu yang ahlinya dilindungi dengan aktiviti jenayah dengan menggunakan cara kekerasan untuk memperolehi sumber kewangan.

BAFIA berfungsi melindungi jenis penjenayah yang memperolehi wang dengan memperkosa amanah yang di serahkan kepadanya.Tiada siapa yang tahu sekiranya Mamat yang berTuhankan dunia mengaut kesempatan dengan kuasa, menyapu bersih wang rakyat menyimpan dengan senyap dalam bank. Aktiviti kewangan dengan bank yang dilakukan oleh individu ini yang menggunakan wang rakyat atas tiket kuasa akan dilindungi BAFIA.( Banking and Financial Institutions Act 1989 ).

Apakah ada perbezaan melindungi wang MAFIA, hasil merompak,menyamun,membunuh RM250 juta, dengan wang dilindungi BAFIA wang rompak secara educated. Kita semua tahu bank tidak mengira atau mengenakan syarat wang aktiviti halal sahaja untuk disimpan di banknya.

Hari ini sepatutnya rakyat Malaysia berterima kasih kepada mereka atau individu yang membongkar dari mana seseorang yang kaya itu memperolehi wang dan harta tersebut dimiliki secara MEROMPAK atau MEMBUNUH orang lain. Kerahsiaan wang tersebut terus dilindungi oleh BAFIA.

Akta tersebut yang berperanan dwi fungsi –perlindungan wang aktivi syaitan dan wang aktiviti malaikat.

Undang-undang gila ini sesungguh tidak mengungtungkan mereka yang berkhidmat mencegah aktiviti kemungkaran kewangan dan harta, kerana sentiasa dibenci oleh orang perseorangan,kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan.

Sah hari ini dunia hampir kiamat.Kebaikan di cegah, kesyaitanan di puja-bela.Rafizi Ramli menjadi mangsa undang-undang lindungi wang jutawan. BAFIA yang tidak ada pertimbangan akta seandainya individu yang bertujuan menyelidik penyelewengan, dibenarkan demi negara, terus bertindak kejam terhadap anak muda yang bercita-cita besar itu, dengan mengheret ke mahkamah.

Kita tahu dia belum diputuskan bersalah tetapi ,dengan mendakwanya di mahkamah telah membuktikan bahawa segala kerja kebaikan beliau adalah tidak di relai atau dipersetujui.

anakzaman

No comments:

Post a Comment