Thursday 2 August 2012

Khir Toyo di Mahkamah - Peguam dakwa Tuduhan Tiada Kes Prima Facie


SHAH ALAM 2 Ogos - Tuduhan Rasuah membabitkan Bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohd Khir Toyo adalah salah disebabkan tiada kes Prima Facie terhadap beliau.

Menurut Peguam beliau Datuk Shafee Abdullah, pihak pendakwa tidak dapat mengemukakan bukti kukuh malah definasi penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan tidak merangkumi Mentri Besar.

Beliau turut mempertikai tindakan pendakwa yang telah menggunakan Undang-Undang Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi memberikan gambaran bahawa Khit Toyo terlibat dalam tuduhan rasuah melibatkan seorang kakitangan awam. Walhal sebagai Pengerusi entiti tersebut, tuduhan tersebut adalah di bawah Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang persekutuan.

"Ianya mengancam melanggar perlindungan perlembagaan mengenai pemisahan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri", katanya.

Dalam pada itu, Datuk Shafee menyebut bahawa Khir Toyo bukan seorang penjawat awam dan pertuduhan itu tidak sepatutnya dibuat terhadapnya.

Beliau juga berhujah bahawa hakim terkhilaf dalam menolak nilai pasaran sebagai kayu pengukur untuk menilai harta yang terlibat dalam kes rasuah itu, kerana ini adalah tanda aras sebenar untuk penilaian hartanah.

"Keputusan hakim itu tidak tidak mengambil kira bahawa nilai sebuah rumah yang siap sepenuhnya dan berkelengkapan baik sebagai harta pada tahun 2004, tidak boleh sama dengan rangka sebuah rumah tanpa CF pada tahun 2007 apabila Khir membelinya", jelasnya.

No comments:

Post a Comment