Saturday 25 August 2012

Tawar Khidmat Seks

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang penganggur dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman itu terhadap Thung Siew Wah, 47, dari Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan bermula dari tarikh tangkap selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Lelaki terbabit didakwa melakukan perbuatan itu kepada Koperal Abd. Rashid Jamaludin dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan RHB Bank Bhd., Jalan Bukit Bintang di sini, pada pukul 10 malam, 22 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment