Monday 27 August 2012

Zul Ajar Cara Buat Bom..

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Pengganas warga Malaysia, Zulkifli Abdul Hir yang disangka terbunuh dalam serangan udara pihak berkuasa Filipina pada Februari lalu dikesan masih hidup dan kini dipercayai melatih anggota kumpulan Abu Sayyaf (ASG) membuat bom.

Zulkifli, 45, atau nama samarannya Marwan kini bersembunyi di sebuah pulau di Kepulauan Jolo, selatan Filipina dan dikatakan menghabiskan masa sebagai tenaga pengajar sepenuh masa membuat bom kepada puak pemberontak itu.

Bagaimanapun, satu sumber keselamatan berkata, pemimpin kanan Jemaah Islamiah (JI) yang menjadi buruan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) itu akan berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain di sekitar kepulauan tersebut bagi mengelak dirinya dikesan.

“Kita percaya selepas terselamat daripada serangan udara di sebuah kampung yang terpencil di Kepulauan Jolo, Zulkifli kini menghabiskan masa dengan melatih ahli-ahli baharu ASG membuat bom,” kata sumber itu kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sumber itu berkata, dalam serangan udara tersebut, Zulkifli hanya cedera di bahu. - Kosmo

No comments:

Post a Comment